DIY Beg - beg 2 gaya




Hari aku ada tunjukkan beg yang aku buat sendiri dari seluar. Malam tadi, sepupu aku plak mintak buatkan beg dari seluar dia. Seluar tu dah koyak, tapi dia sayang nak buang. so aku pun buatlah beg macam beg aku tu. cuma ada kelainan skit. apa kelainan dia. hehehe dia ada dua gaya/style
gaya pertama, jadi tote bag. So untuk sepupu aku bawak pi keje. kesemua bahagian seluar aku gunakan. cuma zippanjang ngan gelung besi tu aje aku add.. yang lain, dari seluar tu sendiri.

Bahagian dalamnya. ada 4 poket aku sediakan untuk dia letak barang. ni adalah bahagian poket belakang aku ubah jadi 4 poket..
Syle kedua. panjangkan tali so beg tu boleh dipakai selempang badan. So senang kalo dia nak bawak baju balik kg ke nanti..

Warna hitam yang korang nampak kat depan bag tu, aku jahit semula label seluar tu. barulah orang tau seluar mana jadi mangsa beg. Kalo pada aku, beg ini pelbagai guna. harap-harap dia sukalah. Walaupun jahitan macam hampeh. hehehe.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sampul duit raya

Projek Untuk hari raya..beg untuk sepupu