Bagi menyahutcabaran untuk jom jahit kali ni dr tinihani (walaupun post last minit kan) so akhirnya dapat juga buat 3 jenis wrislet. Tulah yg pertama sekali menyahut cabaran, yg keduanya untuk menghabiskan fabrik2 yg lama dalam simpanan. ini adalah gambar satu-satu. So ada 3 jenis wrislet yang dibuat kali ini. first wrislet. yang simple aje sebelah dalam. pakai kain belacu sahaja yang kedua, ada tali kat tepi.. sebelah dalam, sama gak pki kain belacu. yang ketiga. lain sikit, tapi agak susah gak, tapi berusaha tu tangga kejayaan kan :) sebelah dalam nya. kali ni try ada partition kat dalam tu. kira berjayalah buat masa ni kan :) oklah itu sahaja untuk kali ini. lain kali kita akan buat lg.. bye...
Untuk weekend ni, target adalah untuk menyiapkan langsir untuk kawan aku dan juga comforter set. Mungkin korang ingat fabrik yang aku paparkan dulu. so masa untuk memotongnya. hehehehe(gelak macam bapak shinchan) tapi sebelum itu, kena buat satu benda ni. hehehe br jumpa dalam internet semalam. tapi lupa plak addressnya. Apa bendanya adalah.. tada..... hehehe ring pin cushion bukan apa, senang nak cucuk jarum peniti dan juga senang untuk projek aku kali ini. so untuk weekend ni aku cuba untuk memotong kain langsir dan juga comforter tu. Sorilah tak byk gmbr, ni ajelah gambar yang aku tangkap tadi. hehehhe.. 1) area tempat aku mengukur kain. siap ada pita aluminium untuk ukur kain lg. hehehe. bukan apa, tali tape biasa aku pendek untuk ukur langsir. 2) fabrik untuk langsir. basically, warna tanahnya adalah kuning. tp xtau gmbr kuar putih lak 3) kain untuk comforter yang dah siap dipotong. dari kiri adalah sarung bantal (2 petak dan 2 kain ikea), sarung bantal panjang, bah...
Dah agak lama tak update blog. clcm bband aku slow giler this week. tak taulah kenapa. So byk benda yang aku nak masuk dlm blog ni tertunda. Nanti rajin aku tulislah benda2 yang tertinggal ni Ni just nak share info dgn reader. (ade ke reader masuk blog aku ni. huhuhu) Aku ada jumpa satu kedai yang tengah buat jualan fabrik. Sampai abis stok katanya. sebelum cerita panjang, meh tgk fabrik yang aku beli dulu eek :) 1) 3 dari 5 fabrik yang aku beli 2) lg 2 fabrik yang aku beli 3) gambar sarkas.. budget nak buat selimut untuk 2 baby boy. cotton sederhana tebal. lebar kain agak panjang dari biasa ( dlm 2m lebih kot) 4) budget nak buat beg. ala2 tropika skit. cotton lebar standard 5) gambar taman bunga, budget nak buat selimut utk baby girl. sesuai kalo nak buat dress kain ni. cotton, lebar standard 6) kain corak botanical. bunga besar dan penuh. kainnya mcm kain guni kasarnya. budget macam nak buat sarung kerusi/sarung bantal 7)tu dia 100% cotton . Brand cotton lg. 8) satu lg cora...
Comments
Post a Comment