Posts

Showing posts from February, 2010

DIY:: Dress making

Image
hehehe disamping quilt tu, aku juga dah decide nak bg dress untuk niece dia. hmm first time buat baju ni.. hehehe excited + takut pun ada. Tapi harap2 dia muatlah untuk pki baju itu.. 1) bahan2 yang diperlukan untuk membuat dress. kali ini buat kain kotak2 kaler oren.... :) 2) pattern yang telah dibuat berdasarkan pattern habitual simple sundress 3) headband yang telah siap. boleh dipakai didua2 belah. oren polos atau oren kotak2... 4) seluar siap... pattern cari kat internet. 5) overall yang siap. dress, seluar dan headband.. harap2 muatlah dia pakai ye... oklah setakat ini dulu.. ada byk benda lagi dalam pala hotak ni nak buat.. bye..

DIY:: Quilt for Friend's niece Cont..

Image
so ada penambahan plak quilt yang aku buat tu.takkan nak bagi selimut aje kan. so aku siapkan sekali sarung bantal nya..     comel sikitlah kan. sbb biasanya bantal baby ukurannya 8X10 inci. harap2 muatlah sarung bantal itu. so kesudahannya cukuplah satu set..

DIY:: Quilt for Friend's niece

Image
Cuti CNY hari tu, Aku smptlah buat quilt blanket untuk Z's niece. actually inilah first time aku buat quilt. Itupun slps duk surf internet untuk carik tutorial yang senang. so inilah cara kerja yang aku dah buat. 1) Design dulu atas kertas graf or kertas matematik. 2)potong kain mengikut ukuran yang dikehendaki. dalam kes ni ukuran yang aku nak adalah 7cm X 13cm, tapi aku potong lebar dulu 7 cm, lps tu baru kerat setiap 13 cm lak. Aku pki lima warna(corak yang sama) dan satu kain kosong untuk bahagian hadapan. 3) blok setelah dipotong mengikut ukuran dan dijahit mengikut carta yang dibuat mula-mula tadi. kat sini aku jahit bersama dengan kain kosong. 4)gambar tengah jahit.. coraknye adalah bunga. tapi sekali pandang mcm corak hello kitty plak :) 5) baris pertama yang siap disambungkan semuanya. aku buat satu baris satu baris, so susun bg nmpk ok ke tak.. 6) proses menjahit dan menyusun... dah nmpk coraknya mcmmana..kira tgh excited sbb so far xde problem lg ni. hehehe..