Posts

Showing posts from April, 2010

last weekend

Image
last week hari sabtu, aku pergi lg ke kedai tmpt aku beli fabrik. niatnya nak beli beberapa fabrik untuk beberapa projek. Diantaranya, adalah, sarung kerusi meja makan, langsir roman blind untuk rumah arwah nenek aku untuk raya ni, dan juga beberap fabrik untuk aku buat beg & selimut untuk hadiah kawan aku ni. hmm. rasanya byk jugak kain aku kat rumah tu, tapi tak taulah bila nak siap semua projek2 aku ni. xpelah buat pelahan2  aje.... ni pun aku duk design quilt selimut tu atas kertas dulu. So taulah berapa banyak kain kena pakai... sampai sini dululah, nanti aku upload gmbr design yang aku buat nanti.. bye bye

Source of fabrik

Image
Dah agak lama tak update blog. clcm bband aku slow giler this week. tak taulah kenapa. So byk benda yang aku nak masuk dlm blog ni tertunda. Nanti rajin aku tulislah benda2 yang tertinggal ni Ni just nak share info dgn reader. (ade ke reader masuk blog aku ni. huhuhu) Aku ada jumpa satu kedai yang tengah buat jualan fabrik. Sampai abis stok katanya. sebelum cerita panjang, meh tgk fabrik yang aku beli dulu eek :) 1) 3 dari 5 fabrik yang aku beli 2) lg 2 fabrik yang aku beli 3) gambar sarkas.. budget nak buat selimut untuk 2 baby boy. cotton sederhana tebal. lebar kain agak panjang dari biasa ( dlm 2m lebih kot) 4) budget nak buat beg. ala2 tropika skit. cotton lebar standard 5) gambar taman bunga, budget nak buat selimut utk baby girl. sesuai kalo nak buat dress kain ni. cotton, lebar standard 6) kain corak botanical. bunga besar dan penuh. kainnya mcm kain guni kasarnya. budget macam nak buat sarung kerusi/sarung bantal 7)tu dia 100% cotton . Brand cotton lg. 8) satu lg cora

Half way: my comforter set.. and badge

Image
Maybe korang ingat pasal comforter set yang aku nak buat tu. heheh ni progress nya. Aku baru je siap menjahit semua sarung bantal (4 bantal biasa dan 1 bantal peuk panjang) So tinggal comforter set saja yang belum dijahit. Sebanya, adalah kerana besar sgt. Aku kena cantumkan 2 helai kain dulu baru aku akan buat comforter cover tu. Harap-harap agar conforter tu elok.. hehehe. Aku juga baru terima button pin badge aku. Aku saja order dr website ezstamp.com.my . banyak juga yang kita boleh order. kalo rajin pegilah order kat situ. dari button badge hingga ke custom printing t-shirt, mug dll lagi.. close-up. gmbr blur sebab badge aku ni kecil aje (2.5 cm aje) Badge ini akan aku gunakan untuk diri sendiri aje. semua bag yang aku jahit dan pakai sendiri, aku akan letak benda tu. Kalo yang org order/mintak tlg buatkan tu, aku tgh usaha untuk membuat fabric label.. tutorial dah ada, cuma masa nak buat aje xde lg.. oklah setakat ini dulu. insyaallah. 

DIY Beg - beg 2 gaya

Image
Hari aku ada tunjukkan beg yang aku buat sendiri dari seluar. Malam tadi, sepupu aku plak mintak buatkan beg dari seluar dia. Seluar tu dah koyak, tapi dia sayang nak buang. so aku pun buatlah beg macam beg aku tu. cuma ada kelainan skit. apa kelainan dia. hehehe dia ada dua gaya/style gaya pertama, jadi tote bag. So untuk sepupu aku bawak pi keje. kesemua bahagian seluar aku gunakan. cuma zippanjang ngan gelung besi tu aje aku add.. yang lain, dari seluar tu sendiri. Bahagian dalamnya. ada 4 poket aku sediakan untuk dia letak barang. ni adalah bahagian poket belakang aku ubah jadi 4 poket.. Syle kedua. panjangkan tali so beg tu boleh dipakai selempang badan. So senang kalo dia nak bawak baju balik kg ke nanti.. Warna hitam yang korang nampak kat depan bag tu, aku jahit semula label seluar tu. barulah orang tau seluar mana jadi mangsa beg. Kalo pada aku, beg ini pelbagai guna. harap-harap dia sukalah. Walaupun jahitan macam hampeh. hehehe.

Sarung Bantal duduk

Image
Hari ini aku menyambung menyiapkan tempahan dari kawan aku ni. Yan.. hari tu aku dah siapkan langsir dia, yang ni plak sarung bantal duduk dia. Fabrik dia plak ada mixture warna skit, pink, purple, putih dan juga biru. kenapa aku pakai corak cam tu. hmm ni sebab bantal duduk ni diletak kat ruang tamu. langsir tu pun sama. Mula-mula dia mintak fabrik sama macam langsir tu. tapi macam tak ok plak sebab sofa dia kaler biru. so nak mix kat kesemua kaler kat ruang tamu tu. aku beli kain corak ni, sarung bantal dah siap, tapi rumah ni xde saiz cam tu. so aku demo dengan pakai bantal tido aje. hehehe kecil bantal aku.. bahagian belakang dia aku jahit sekali reben putih sebagai pengikat/decoration sekali. lagi nampak cantik berbanding pakai zip atau butang kot (hehehe puji diri sendiri) langsir dan sarung bantal yang dah siap. harap-harap tuannya sukalah. bukan apa, jahitan aku taklah macam tukang jahit profesional. so adalah tak cantik skit jahitannya. Bungkus siap dalam beg. minggu depan

Dari satu ke dua: my DIY Bag

Image
Masa kemas almari aku last week, terjumpa plak dgn seluar yang aku dah tak boleh nak pakai disebabkan dah ketat. SO terfikirlah nak buat apa ye dgn seluar tu. So bila surf dalam internet. terdapat tutorial cemana nak buat tote beg dari seluar jeans. so aku pun ikutlah tutorial itu. 1) mula2 ukur panjang dan lebar tote bag yang kita nak buat. so kita potong dibahagian bawah sekali kaki seluar. untuk badan beg. lepas tu potong 4 inci kedua2 kaki seluar untuk tali beg. 2) retas disebelah bahagian aje, so bila bukak itulah lebar dan panjang beg tote anda. 3) hasil beg tote dr seluar ( kat sini aku guna seluar khaki). tebal skit, kali pki seluar keje tu, dia lembut sgt. 4) beg sandang kecil yang aku buat dr bahagian seluar dr pinggang ke punggung seluar. so kiranya aku dapat 2 beg dr satu seluar. hehhe senang buat beg balik kg... disebabkan excited, aku buat satu lg beg tote dr jean aku yang dah koyak. hehehe...

from inspiration.. my own bookmark

Image
Dapat inspiration bila ada org baca buku didalam train mempunyai penanda buku yg unik dr besi. so carilah kat internet bentuk nya. Rupanya ada pelbagai bentuk penanda buku itu. dr kertas, plastik hingga ke besi... Memang berhajat nak beli satu, tapi bila ternampak kain yg byk dlm kotak tu, terfikirlah nak buat aje.. senang kot. tapi sebab malas nak pakai mesin jahit, so jahit pakai tanganlah. 1) kain yang telah digunting dan diletakkan kain gam kat tengahnya 2)jahit pakai tangan aje. so teruk sikitlah jahitannya. jahit sambil tgk tv :) 3) Yang dah siap dijahit, lepas tu ditebuk kat atas untuk meletakkan ring. 4) Penanda buku yang dah siap. 5) Sedar tak sedar dah siap 4 rupanya. 6) Cara nak pakai penanda buku tu