projek raya - beg untuk family pertama

Sorry sebab lambat update. bukan apa, byk benda nak kena buat sebelum raya kan. So ini adalah projek raya yang pertama. iaitu beg telekung/beg serbaguna. Beg ini adalah untuk family kawan aku kat perlis. Ada 5 beg kesemuanya

1)Setiap kain akan dibuat satu beg. So senang diorang nak bezakan beg2 sapa kan. 

2) Proses semasa nak dijadikan beg. smpt amik gmbr :)

3) bahagian bawah beg yang agak lain sikit. sbb aku malas nak potong bucu dia. hehehe 

4) beg yang dah siap. siap ltk label kat bahagian pemegang dia. beg yg ni kecik skit sbb orangya kecik aje. hehehe. (luas tapak 5inci X 5 inci)

5) gmbr dr tepi. ok kot untuk bawak jenjalan raya.

6) setelah diperkemaskan sikit. nmpk cantik kan. cuma ada kurang satu lagi tak siap lagi..

7) beg-beg lain yang baru siap. yang kain LV tu untuk kakaknya, yang bunga2 tu utk anak buahnya.

8) bahagian dalamnya, ada satu poket untuk letak yassin or apa2 aje.

9) semua siap dilipat untuk senang packing.

10) Semua ok dah, dah bleh packing. Opps tinggal satu hal plak.

11) Ni hah bunganya tak siap lg. hehehe. nanti aku siapkan dulu br leh packing..

setakat ini dululah. ada byk lg yang nak kena buat ni. huhuhu raya nak dekat dah..harap2 sempatlah..bye

Comments

Popular posts from this blog

isi masa lapang...

DIY Beg - beg 2 gaya

Dulang hantaran - white green theme